Tentang saya




Zafeera Boutique Busana Muslimah ialah sebuah butik maya yang diuruskan oleh Siti Zafirah Binti Md Zhahir, pelajar tahun akhir jurusan Pentadbiran Perniagaan dan E-dagang dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).  Butik ini terhasil atas inspirasi ibu saya ingin memulakan perniagaan keluarga sendiri. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada keluarga saya yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menguruskan butik ini dan menyumbangkan modal untuk memulakan perniagaan. Terima kasih juga kepada semua ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah  yang telah banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan sokongan moral kepada kami dalam menubuhkan butik ini. Tidak dilupa, para pelangan setia yang kami hargai. Terima kasih…


Zafirah Zhahir